Sunday, 6 May 2012

Zakaria Bin Ahmad



Biodata Tenaga Pengajar
Zakaria Bin Ahmad
Kelayakan Profesional: 
 
·         MBA – Universiti Kebangsaan Malaysia (2004)
·         Sarjana Muda Bangunan (Kepujian) – Universiti Teknologi Malaysia (1994)
·         Diploma Ukur Bahan - Universiti Teknologi Malaysia (1992)
·     Completion Certificate (Carpentry) – Los Angeles Trade Technical College, USA (1978)
·    Completion Certificate in Vocational Teaching Technique – Los Angeles Trade Technical College, USA (1978)
·      Completion Certificate in Advance Carpentry & Finishes – OISCA International, Japan (1974)

 Zakaria Bin Ahmad adalah seorang Associate Trainer yang terlibat khusus dalam bidang pembangunan latihan industri pembinaan. Beliau memiliki lebih dua puluh (20) tahun pengalaman di dalam industri pembinaan dan pembangunan latihan pekerja industri binaan. Pengalaman beliau dalam latihan bermula sebagai tenaga pengajar di Giat MARA dan Institut Kemahiran MARA di awal tahun 80 an. Di sini beliau terlibat khusus dalam melatih pekerja mahir dalam bidang pertukangan kayu untuk industri binaan Malaysia. Daripada tahun 2000, beliau terlibat secara aktif dalam melatih bakal usahawan dan kontraktor dalam industri binaan melalui latihan yang beliau jalankan bersama Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Institut Usahawan Muda, Institut Usahawan Bumiputra dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Antara tajuk utama latihan yang beliau jalankan adalah Kursus Asas Kontraktor Binaan, Kursus Peningkatan Teknikal Kontraktor Binaan, Kursus Pengurusan Kontraktor Binaan, Kursus Kerja Dalaman Kontraktor Binaan dan Kursus Pengurusan Projek Kontraktor Binaan.

Zakaria juga mempunyai pengalaman yang luas dalam industri pembinaan. Beliau terlibat secara langsung dalam mengurus pengurusan kontrak pembinaan, mengurus urusan pentadbiran projek pembinaan dan mengurus projek pembinaan. Beliau terlibat secara aktif di dalam pelbagai kapasiti di dalam melaksanakan projek pembangunan kampus baru Maktab Rendah Sains MARA, GIAT MARA dan Institut Kemahiran MARA di seluruh Malaysia pada tahun 90 an. Setiap satu projek ini bernilai puluhan juta ringgit dan ada yang mencecah ratusan juta ringgit.